Guan Eng saman Tajuddin

‘Gaya tokong di MOF’: Guan Eng saman Tajuddin

LIM GUAN ENG dalam sidang akhbar mengenai tuduhan terhadap beliau semasa menjadi Menteri Kewangan di Wisma DAP, George Town, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP, Lim Guan Eng akan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang didakwa memfitnahnya dalam satu sesi wawancara yang dikendalikan sebuah media baru-baru ini.

Guan Eng berkata, tuntutan saman itu akan dikemukakan peguamnya dalam masa terdekat selain turut mempertimbangkan untuk membuat laporan polis meskipun tidak yakin laporan itu akan disiasat.

“Saya terpaksa mengambil tindakan undang-undang kerana apa yang disebutnya itu adalah fitnah dan kita harap bukan sahaja akan mendapat tuntutan maaf, tetapi mungkin lebih daripada itu (nilai saman) kerana fitnah yang dibuat itu adalah di pentas nasional,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma DAP, di sini hari ini. 

Dalam sesi wawancara itu, Tajuddin dilaporkan menyebut bagaimana pejabat Kementerian Kewangan ketika era Pakatan Harapan (PH) ‘sudah menjadi macam gaya tempat tokong Cina’ selain mendakwa ada yang datang dengan hanya berseluar pendek dan pejabat tersebut menjadi ‘tanglung’.

Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng yang juga bekas Ahli Parlimen Bagan turut melahirkan rasa kesal kerana kempen politik menjelang PIlihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) masih terperangkap dalam isu berasaskan agama dan perkauman.

Sedangkan kata beliau, isu utama yang harus ditekankan kepada rakyat adalah mengenai masalah dan tekanan ekonomi yang sedang dihadapi termasuk kejatuhan nilai mata wang negara selain peluang masa depan buat generasi muda.

Sehubungan itu, beliau berharap generasi muda yang akan menjadi antara kumpulan pengundi terbesar pada PRU-15 dapat membuka minda dan tidak membuat pilihan terhadap parti yang menjurus kepada perkauman dan agama yang ekstrem. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN