DAP bukan parti komunis 

DAP bukan parti komunis 

ANTHONY Loke Siew Fook berucap pada Konvensyen PH di Ipoh, Perak, hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: DAP bukan parti komunis seperti yang didakwa malah pemimpin yang membuat tuduhan itu pernah bekerjasama dengan parti yang dituduhnya sebagai komunis.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, seorang pemimpin parti lawan yang menuduh DAP sebagai parti komunis itu pernah duduk bersama-sama dengan pemimpin DAP sebelum ini.

Katanya, pemimpin yang menuduh DAP diketuai komunis mungkin terlupa beliau juga pernah bekerjasama dengan DAP yang kini dituduh sebagai parti komunis.

“Kita (DAP) bukan (parti) komunis, orang yang cakap kita komunis, dia pun pernah bekerjasama dengan komunis (DAP).  Dia pernah duduk bersama Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, mungkin dia dah lupa.

“DAP parti yang sah, ditubuhkan pada 1966, kini sudah berusia 56 tahun,” katanya ketika berucap pada Konvensyen DAP di sini hari ini.

Sebelum ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa DAP parti yang prokomunis.

Abdul Hadi dalam khutbah Jumaat di Marang dilaporkan sebagai berkata, Pas tidak akan bekerjasama dengan PH kerana gabungan itu diketuai oleh komunis dan menyokong komuniti LGBT.

Sementara itu, Anthony berkata, parti-parti PH berjaya menyelesaikan beberapa isu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) seperti memutuskan menggunakan logo PH.

Katanya, PH juga sudah menyelesaikan pembahagian kerusi dan manifesto yang sudah disepakati.

“Saya juga mendengar keluhan dan rayuan rakan-rakan di Pulau Pinang mengenai pembubaran DUN, saya sayangkan DAP Pulau Pinang tapi saya lebih sayang PH.

“Untuk pastikan PH memasuki PRU15 tanpa sebarang isu, kita ambil pendirian bersama iaitu tidak bubarkan DUN Pulau Pinang, sebab kita tak boleh ada tanda-tanda keretakan dalam PH, kita ketepikan segala perbezaan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.