Bubar Parlimen bukan ditentukan parti politik

Bubar Parlimen bukan ditentukan parti politik

HAMZAH Zainudin (kiri) bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin (kanan) dalam sidang akhbar di Kota Kinabalu, Sabah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pembubaran Parlimen perlu dibuat setelah berbincang dengan Kabinet, bukannya diputuskan melalui mesyuarat parti.

Walaupun Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini namun perbincangan dalam Kabinet juga perlu dilakukan.

Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pandangan daripada Kabinet perlu diambil kira sebelum membuat keputusan membubarkan Parlimen.

“Ada orang kata tak payah (bincang), dulu-dulu memang tak payah kerana ia dominan, satu parti sahaja iaitu Barisan Nasional (BN). Tapi sekarang banyak parti dalam kerajaan. Maka, dia kena mengambil kira pandangan daripada Kabinet sebelum membuat keputusan seperti termaktub dalam Perlembagaan.

“Walaupun ada orang kata, tak boleh sebab Perdana Menteri berkuasa jadi, dia boleh pecat semua. Namun, sekiranya dia pecat menteri-menteri lain daripada parti beliau maknanya dia sudah hilang majoriti. 

“Kalau hilang majoriti, dia tidak boleh lagi nasihatkan Yang di-Pertuan Agong sebaliknya dia hanya boleh kemukakan permintaan sahaja. Namun, terpulang kepada Agong untuk menentukannya, jadi dia kena fikir panjanglah. Kadangkala UMNO ini tidak fikir panjang, itu masalahnya,” katanya semasa penutupan Program ‘Kita Demi Negara’ Zon Sabah hari ini.

Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, matlamat kerajaan adalah memastikan negara ini menjadi sebuah negara terbaik untuk dilawati dan dihuni.

“Biarlah rakyat faham siapa yang berhemah mengikut Rukun Negara, kita nak kepentingan rakyat diberi keutamaan,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.