Bomba dipanggil potong empat cincin di jari - Utusan Malaysia

Bomba dipanggil potong empat cincin di jari

ANGGOTA bomba memotong cincin di jari pesakit menggunakan peralatan khas di wad HSB, Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Gara-gara cincin tersangkut di empat jari tangan kiri seorang pesakit, pasukan bomba terpaksa dipanggil untuk memotong perhiasan itu di wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, bomba menerima panggilan pada pukul 12.49 tengah hari.

Katanya, selepas mendapat panggilan itu sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dihantar ke HSB bagi memberi bantuan.

“Semasa anggota bomba sampai mendapati seorang lelaki berusia 48 tahun mengalami kesakitan akibat terdapat empat bentuk cincin yang dipakai dan tidak boleh dibuka. Anggota bomba terpaksa menggunakan peralatan khas bagi memotong semua cincin di jari tangan kiri lelaki itu dan kerja itu berakhir pada pukul 2.15 petang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN