BN tampil muka baharu misi tawan semula Sepang

BN tampil muka baharu misi tawan semula Sepang

BN yakin mampu menawan semula Parlimen Sepang pada PRU15 bersandarkan trend kecenderungan rakyat termasuk pengundi atas pagar dan generasi pemilih baharu yang menilai jasa parti itu sejak empat tahun lepas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Barisan Nasional (BN) Sepang menyenaraikan lima nama dalam kalangan pemimpin UMNO di bahagian itu sebagai misi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua UMNO Bahagian Sepang, Noorazli Said berkata, senarai itu termasuk seorang tokoh wanita tempatan diserahkan kepada Badan Perhubungan BN Selangor di Shah Alam.

“Nama-nama itu akan dipanjangkan sebelum dimuktamadkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Pada PRU14, kerusi itu kekal dimiliki Mohamed Hanipa Maidin dari Parti Amanah Negara (Amanah) yang mewakili Pakatan Harapan (PH) atas logo PKR.

Peguam tersebut menewaskan calon BN, Datuk Marsum Paing yang juga Ketua UMNO Bahagian pada masa itu dan calon Pas, Sabirin Marsono dengan majoriti 18,705 undi.

Noorazli berkata, nama beliau turut disenarai pendek parti itu berdasarkan pengalamannya pernah menyandang Ketua Pemuda Bahagian dari 2013 sehingga 2018.

“Bagaimanapun, terserahlah kepada pucuk kepimpinan UMNO dan BN untuk menentukan siapa calon kerana apa yang penting, kerusi itu dapat dikuasai balik daripada PH,” jelasnya.

Keyakinan itu, katanya, bersandarkan trend kecenderungan rakyat termasuk pengundi atas pagar dan generasi pemilih baharu atau Undi18 yang menilai jasa BN sejak empat tahun lepas.

Ini termasuh ketika berlaku banjir buruk awal tahun ini melibatkan sebahagian besar daerah berkenaan apabila jentera BN lebih ke depan menyantuni masyarakat berbanding PH sendiri.

Ditanya misi beliau jika dipilih menjadi calon, Noorazli berharap dapat membawa penyelesaian isu rakyat seperti banjir dan pencemaran teruk sungai akibat ternakan babi tidak terkawal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN