Bersatu dakwa UMNO, PKR berunding kerjasama PRU-15

Bersatu dakwa UMNO, PKR berunding kerjasama PRU-15

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa UMNO dan PKR sedang mengadakan rundingan sulit untuk bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa, perbincangan itu dilakukan antara pasukan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pasukan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Dakwanya, agenda untuk bekerjasama itu adalah bagi meminimumkan pertembungan dalam pilihan raya umum nanti seterusnya mengusahakan pembentukan kerajaan bersama secara bersama antara kedua-dua parti itu. 

“Baru-baru ini ada rakan dalam Pakatan Harapan (PH) sendiri menyebut kepada saya bahawa perbincangan teramat sulit antara pasuk Ahmad Zahid dengan pasukan Anwar terus berjalan.

“Katanya perkara ini dijalankan tanpa restu kepimpinan UMNO atau kepimpinan PH, tetapi banyak sesi perbincangan telah berjalan.

“Setakat ini, itu hanyalah tuduhan. Selain tuan punya badan, tidak ada sesiapa boleh mengatakan ya atau tidak terhadap tuduhan itu. Tambahan pula, dalam musim pilihan raya umum ini banyak berita palsu,” katanya dalam kenyataan. 

Bagaimanapun, Wan Saiful berkata, beliau tidak melihat dakwaan itu pelik sekiranya ia benar-benar dilaksanakan. 

Katanya, ini kerana rakaman perbualan antara Ahmad Zahid dan Anwar sebelum ini jelas menunjukkan agenda mereka sudah lama. 

“Malah, surat Ahmad Zahid kepada Istana Negara mahu mengangkat Anwar (sebagai Perdana Menteri) juga bukan rahsia. Berita ini bukan baru.

“Mungkinkah benar perbincangan sulit antara Zahid dan Anwar semakin rancak? Benarkah Anwar dan Ahmad Zahid sedang berusaha mengangkat satu sama lain naik ke Putrajaya melalui PRU15?. 

“Apa ‘deal’ yang ditawarkan? Adakah Anwar setuju melepaskan Ahmad Zahid dari kes-kesnya? Atau adakah Anwar setuju jadi Timbalan Perdana Menteri kepada Ahmad Zahid kalau ‘deal’ ini benar?

“Ahmad Zahid dan Anwar perlu jelaskan kepada rakyat. Sebab khabar ini semakin lama semakin kuat tersebar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya