TEHERAN: Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) berkata unit pertahanan udaranya telah menembak jatuh sebuah dron tentera Amerika Syarikat jenis MQ-1 Predator selepas ia memasuki perairan wilayah Iran dan cuba melaksanakan operasi yang disifatkan sebagai bermusuhan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perhubungan Awam IRGC, insiden itu berlaku pada awal pagi Ahad apabila dron MQ-1 milik tentera penceroboh AS memasuki ruang udara di atas perairan wilayah Iran.
Kenyataan itu menyebut bahawa pesawat tanpa pemandu tersebut segera dikesan dan disasarkan oleh sistem peluru berpandu pertahanan udara canggih IRGC, yang mengakibatkan ia berjaya dimusnahkan.
Markas Pertahanan Udara IRGC turut memberi amaran bahawa ruang udara dan perairan wilayah Republik Islam Iran berada di bawah pemantauan dan kawalan penuh.
Ia menegaskan bahawa sebarang pelanggaran terhadap kedaulatan negara itu akan menerima tindak balas yang tegas.
Perang Iran bermula pada 28 Februari dengan serangan udara AS dan Israel ke atas Teheran sehingga membunuh Pemimpin Tertingginya, Ayatollah Ali Khamenei.
Satu gencatan senjata yang rapuh kemudian diumumkan Trump pada 7 April lalu. – AGENSI/AFP










