Barisan Nasional-GRS, jangan saling sabotaj calon

Barisan Nasional-GRS, jangan saling sabotaj calon

AHMAD Zahid Hamidi (tengah) bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tiga kiri) dan Bung Moktar Radin (tiga kanan) semasa program Gelombang Biru di Kimanis hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Semua calon Barisan Nasional dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diingatkan supaya tidak mensabotaj antara satu sama lain pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua rakan kerjasama di Sabah itu harus bekerja sebagai adik-beradik.

“Kita harus pastikan semua calon Barisan Nasional, GRS jangan sabotaj. Begitu juga calon GRS, Barisan Nasional jangan sabotaj.

“Di sini, kita letakkan Datuk Mohamad Alamin sebagai calon Kimanis. Ada juga tokoh lain di Kimanis, walau dia (Anifah Aman) cakap sokong Mohamad dan tidak akan tanding namun, ada tempat sesuai untuk tokoh itu di peringkat nasional.

“Dalam rundingan jangan orang lain untung kita rugi, kita juga mesti untung, baru seimbang.

“Untuk Anifah duduk di situ, mesti sokong kemenangan Mohamad serta sokong  kemenangan Barisan Nasional-GRS.

“Tidak susah nak selesaikan masalah politik, kita nak gaduh buat apa. Masalah rakyat Sabah mesti di atas dengan mewujudkan kestabilan di negeri ini,” katanya semasa berucap dalam Program Gelombang Biru Zon 3 Sabah hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid memberi jaminan bahawa tidak ada pertembungan antara calon Barisan Nasional dan GRS pada pilihan raya kali ini.

“Tidak ada pertembungan, bukan pilih daripada salah satu. Di mana Barisan Nasional tanding, GRS tidak akan bertanding,” katanya.

Menurut beliau, agihan kerusi di Sabah dilakukan mengikut formula yang telah dipersetujui dan formula itu  diumumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin serta Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor.

Jelas beliau, kenyataan untuk bertanding 191 kerusi sebelum ini perlu ditolak dengan jumlah kerusi parlimen di Sabah. Jumlah selepas itulah yang akan ditandingi nanti.

Ahmad Zahid berkata, senarai calon sudah dimuktamadkan dan beliau akan mengabsahkannya melalui pertemuan rasmi yang akan diadakan kemudian.

Tambah beliau, pengumuman calon dibuat secara bersama oleh Hajiji dan Bung Moktar dalam waktu terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya