Banjir termenung: Pengusaha bengkel tanggung rugi RM20,000

Banjir termenung: Pengusaha bengkel tanggung rugi RM20,000

MOHD. FAKHRURAZI MASHARI membersihkan bengkel kenderaan yang ditenggelami banjir termenung di JK8, Jalan Keliling, Kampung Parit Lancang, Ayer Baloi, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Seorang pengusaha bengkel kereta mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM20,000 apabila bengkelnya ditenggelami air banjir ‘terme­nung’ sejak 18 September lalu.

Mohd. Fakhrurazi Mashari, 31, berkata, sistem perparitan di hadapan rumahnya gagal berfungsi dengan baik menyebabkan berlakunya limpahan sehingga sampai ke dalam bengkelnya.

Bengkel tersebut yang beroperasi sejak tiga tahun lalu terpaska ditutup sementara kerana kawasan ‘kerja’ dipenuhi air dan pelanggan tidak dapat menghantar kereta untuk dibaiki.

Kejadian tersebut telah menyebabkan dia terpaksa menolak tempahan yang daripada pelanggan kerana bimbang tidak mampu membaikinya mengikut tempoh ditetapkan.

“Kerja-kerja membaiki ken­deraan ini merupakan pendapatan utama saya setelah meninggalkan kerja makan gaji dengan sebuah bengkel di bandar Pontian selepas tamat Latihan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pulai

Sebatang pada tahun 2010,” katanya ketika ditemui di JK8, Jalan Keliling, Kampung Parit Lancang, Ayer Baloi, di sini baru-baru ini.

Mohd. Fakhrurazi yang baru menerima cahaya mata pertama menyifatkan banjir yang berlaku itu sebagai cabaran sebagai seorang mekanik.

“Saya tidak menduga, kejadian banjir termenung telah memberikan kesan terhadap pendapatan seharian disebabkan banjir itu mengambil masa lama untuk surut,” ujarnya yang sebelum bekerja selama tujuh tahun bagi menimba pengalaman.

Walaupun parit di hadapan bengkelnya berhampiran dengan Sungai Sanglang, namun aliran air tidak lancar menyebabkan mengambil masa dua minggu untuk air surut sepenuhnya dari kawasan rumahnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya