PETALING JAYA: Kerajaan digesa segera membangunkan industri penghasilan makanan ayam supaya negara tidak lagi bergantung kepada sumber bahan mentah import yang mahal dan tidak konsisten bekalannya. Penasihat Kehormat Penternak Ayam Negeri Selangor, Datuk Ishak Mat Arif berkata, memandangkan makanan ayam menyumbang kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan kos operasi, maka perlu ada sistem pengeluaran ayam bersepadu dalam negara yang menggunakan ramuan tempatan bagi menangani isu kenaikan jagung bijirin dan soya yang…