APM tangkap ular sawa seberat 120 kilogram - Utusan Malaysia

APM tangkap ular sawa seberat 120 kilogram

SEEKOR ular sawa seberat 120 kilogram yang ditangkap anggota APM Kuala Pilah di Kampung Juasseh Kapitan, Kuala Pilah, tengah malam tadi. - GAMBAR/IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Pilah mengambil masa kira-kira 30 minit bagi menangkap seekor ular sawa seberat 120 kilogram di Kampung Juasseh Kapitan, di sini tengah malam tadi.

Pegawai APM Daerah Kuala Pilah, Lt. (PA) Mohamad Ghazali Abd Rahim berkata, pasukannya menerima aduan kira-kira pukul 12.37 tengah malam memaklumkan terdapat seekor ular sawa batik yang berada di dalam sebuah kandang kambing usang.

Menurutnya, pemanggil telefon memaklumkan bahawa dua ekor kambingnya mati akibat serangan ular bersaiz besar itu.

“Pemilik ternakan itu juga memaklumkan separuh badan seekor kambing miliknya dibaham dan dia mengambil tindakan dengan mengganggu ular tersebut sehingga ular itu memuntahkan semula kambing itu.

“Setibanya di lokasi pada pukul 12.49 tengah malam, anggota APM berjaya menangkap seekor ular sawa sepanjang empat meter itu dibantu orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Ghazali berkata, ular itu dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kuala Pilah sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya