Dua beradik dapat upah RM17,000 seludup dadah

Dua beradik dapat upah RM17,000 seludup dadah

Kama Azri Kamil (dua dari kiri) menunjukkan rampasan dadah hampir RM7 juta di Ibu Pejabat Maritim Johor, Johor Bahru semalam. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dua beradik beroleh upah lumayan iaitu sekitar RM16,000 hingga RM17,000 setiap kali me­lakukan penyeludupan dadah menggunakan bot kecil yang dibawa ke sempadan perairan negara di Tanjung Piai, Pontian sebelum diserahkan kepada pihak ketiga.

Bagaimanapun, kegiatan­ dua lelaki tempatan berusia 26 dan 40 tahun itu terbongkar apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya mematahkan percubaan penyeludupan dadah bernilai hampir RM7 juta di perairan itu, kelmarin.

Pemangku Pengarah Ma­ritim Negeri Johor, Kepten Maritim Kama Azri Kamil berkata, kedua-dua suspek ditahan selepas penguatkuasa­nya mendapati sebuah bot fiber dalam keadaan mencurigakan di kedudukan 3.5 batu nautika perairan Tanjung Piai pada pukul 12.36 tengah malam.

“Pemeriksaan lanjut mendapati beberapa bungkusan yang mengandungi dadah disyaki syabu seberat kira-kira 88.2 kilogram bernilai RM4.41 juta dan kira-kira 30,000 pil ekstasi bernilai RM2.25 juta.

“Selain itu, penguatkuasa turut memeriksa sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi sebelum menemukan katrij vape disyaki mengandungi dadah sintetik bernama ‘Piu Piu’ bernilai RM196,750. Kenderaan yang bernilai RM50,000 turut ditahan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor, di sini semalam.

Tambah Kama Azri, modus operandi kedua-dua beradik itu adalah menggunakan bot kecil sehingga untuk membawa dadah tersebut sehingga ke sempadan perairan antarabangsa sebelum diserahkan kepada pihak lain yang me­nunggu di lokasi ditetapkan.

“Dadah itu dipercayai dalam perjalanan ke negara jiran untuk dijual ke pasaran antarabangsa. Jumlah dadah yang dirampas dijangka boleh digunakan lebih 1 juta penagih.

“Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula kelmarin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN