Apakah paparan di media sosial ukuran sebenar bahagia? - Mia Ahmad

Apakah paparan di media sosial ukuran sebenar bahagia? – Mia Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Mia Ahmad mengakui tidak terkesan dengan pelbagai andaian warganet terhadap rumah tangganya yang dikatakan tidak romantis berbanding selebriti lain.

Jelasnya, selari dengan kematangan dan usia yang semakin meningkat, dia tidak mahu terlalu memikirkan perkara remeh yang tercipta daripada persepsi orang lain.

“Ada yang bertanya, kenapa tengok saya macam sudah tidak romantis dengan suami sekarang? Pada mata mereka, hubungan kami tidak seperti pasangan selebriti lain.

“Gelak saya baca. Adakah ukuran kebahagiaan itu terletak bagaimana kita cerminkan diri dan pasangan di media sosial?

“Persepsi sebegitu tidak sedikit pun buat saya terbeban. Kalau dulu iya, saya memang ambil kisah. Tetapi, semakin usia meningkat, benda macam ini sangat remeh untuk difikirkan,” katanya.

Dalam pada itu, Mia juga menitipkan pesan kepada peminat untuk belajar mendidik hati supaya tidak memikirkan penerimaan orang lain terhadap hidup seseorang.

“Penerimaan orang tidak penting, sebaliknya yang penting apakah Allah reda dengan apa yang kita buat?

“Jelas atau tidak niat kita dalam sesuatu perkara kerana Allah? Kita kena belajar didik hati,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya