Air Asia, Honda tawar pekerjaan di Karnival Kerjaya Jamin Kerja

Air Asia, Honda tawar pekerjaan di Karnival Kerjaya Jamin Kerja Melaka

ABD. RAZAK Omar menunjukkan poster Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 yang akan berlangsung pada 14 hingga 16 Oktober ini di MITC, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebanyak 5,259 peluang pekerjaan disediakan kepada orang ramai di Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia pada 14 hingga 16 Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem berkata, karnival tersebut merupakan anjuran kerajaan negeri bersama Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Menurut beliau, sebanyak 42 majikan daripada pelbagai sektor seperti bioteknologi, perkhidmatan, perkilangan, perhotelan, telekomunikasi dan perbankan akan mengambil bahagian.

“Karnival ini bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC). Antara majikan yang terlibat adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka, Air Asia dan Honda.

“Selain temu duga, karnival ini turut menyediakan khidmat nasihat kaunseling kerjaya dan pendaftaran MYFuturejobs kepada pencari kerja. 

“Kerajaan negeri menyeru orang ramai yang aktif mencari kerja atau ingin meneroka peluang pekerjaan baharu untuk mencuba nasib dengan menghadiri sesi temuduga terbuka bersama majikan terlibat,” katanya dalam sidang akhbar Karnival Kerjaya Jamin Kerja di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Melaka, Abd. Razak Omar.

Sementara itu, Abd. Razak berkata, pihaknya menyasarkan seramai 20,000 pencari kerja akan hadir pada acara yang berlangsung selama tiga hari itu.

Katanya, komposisi pekerjaan terdiri daripada 60 peratus jawatan di peringkat pengurusan manakala selebihnya peringkat sokongan.

“Kali ini, fokus diberikan kepada jawatan kategori pengurusan di peringkat pertengahan dan ke atas. Kita harap peluang ini akan dimanfaatkan sepenuhnya pencari kerja di seluruh negara khususnya di Melaka.

“Mereka yang berminat untuk menghadiri temu duga boleh membuat pendaftaran awal di laman sesawang Perkeso atau datang terus ke karnival. Mereka dinasihatkan untuk berpakaian kemas dan membawa dokumen berkaitan pekerjaan yang dipohon,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.