541,315 kuota pengambilan pekerja asing dilulus

541,315 kuota pengambilan pekerja asing dilulus

MALAYSIA memerlukan sehingga 1.8 juta pekerja asing untuk pelbagai sektor di negara ini. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Keperluan guna tenaga pekerja warga asing di Malaysia adalah dalam lingkungan 1.8 juta yang merupakan jumlah maksimum yang pernah dicapai setakat ini.

Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataan memaklumkan, sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing diluluskan setakat 26 September lalu dan daripada jumlah tersebut 436,613 kuota telah membuat bayaran levi. 

Jelasnya, mengambil kira 1.3 juta pekerja warga asing sedia ada serta bilangan kuota yang diluluskan itu, jumlah ini hampir memenuhi permintaan industri untuk keperluan guna tenaga pekerja warga asing.

“Kementerian ini juga mengadakan perbincangan dengan pihak industri mengenai isu kemasukan pekerja warga asing dan dimaklumkan bahawa industri seperti sektor perladangan yang diberikan kelulusan kuota tidak akan membawa masuk guna tenaga pekerja warga asing secara sekali gus.

“Pengambilan ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut keperluan dan perancangan majikan,” katanya hari ini.

Menurut kementerian itu, majikan boleh membuat perancangan sebegini kerana mereka mempunyai tempoh masa sehingga 18 bulan untuk membawa masuk pekerja warga asing selepas bayaran levi diselesaikan.

Dalam pada itu, kata kenyataan itu, setakat ini terdapat 1.3 juta pekerja warga asing di sektor-sektor yang dibenarkan pengambilan dan penggajian pekerja warga asing termasuk sektor informal. 

Pada masa sama, lebih 612,000 pekerja warga asing  berdaftar dan lulus semakan Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan (PKK) di negara-negara sumber. 

Selain itu, katanya, terdapat seramai 228,321 pekerja warga asing bersamaan 37.3 peratus telah diluluskan Visa Dengan Rujukan oleh pihak Jabatan Imigresen serta sedang menunggu masa untuk tiba di negara ini.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.