fbpx

5 fakta menarik tentang Lee Min Ho

LEE Min Ho merupakan antara pelakon Korea Selatan yang paling berpengaruh pada masa kini. 

Anak kelahiran Seoul ini dilaporkan menerima bayaran tinggi, iaitu sekitar AS$80,000 (RM371,000) untuk satu episod drama. 

Memiliki 30.8 juta pengikut di Instagram, pelakon yang terkenal menerusi drama Boys Over Flower disebut-sebut sebagai jejaka Korea paling popular di dunia. 

Meskipun masyhur, banyak perkara yang masih belum kita ketahui tentang aktor tampan ini. Berikut beberapa fakta kami kongsikan.

 

DUA KALI TEPIS MAUT 

PADA 2006, pelakon ini hampir maut apabila kereta yang dinaikinya bersama pelakon, Jung II Woo bertembung dengan kenderaan lain. 

Ekoran kejadian tersebut, Min Ho mengalami koma selama sebulan, selain patah buku lali dan tulang paha. 

Aktor tersebut terpaksa menjalani pembedahan untuk membolehkan dia berjalan semula.

Min Ho sekali lagi terlibat dalam kemalangan apabila kenderaan dipandunya ketika penggambaran drama City Hunter merempuh sebuah kedai alat tulis. Min Ho bagaimanapun, terselamat dan tidak cedera.

 

DICEMUH MASYARAKAT 

PADA awal kemunculan di bawah pengurusan Starhaus Entertainment, pelakon berketinggian 187 sentimeter ini dikenali sebagai Lee Min yang membawa maksud pendatang. 

Gara-gara nama tersebut, beliau dihujani kutukan dan cemuhan masyarakat. 

Min Ho akhirnya memutuskan untuk menukar nama tersebut dan tampil sebagai Lee Min Ho. 

 

KETAGIH PERMAINAN VIDEO 

SELAIN menjadi pelakon kegilaan ramai, Lee Min Ho juga dikenali dengan kehandalan bermain permainan video dalam talian. 

Anggota kumpulan Super Junior, Kim Hee Chul sebelum ini menyebut Lee Min Ho sebagai pesaing terhebatnya dalam aktiviti tersebut.

 

MINAT SUKAN BOLA SEPAK 

AKTOR berusia 35 tahun ini mempunyai minat yang mendalam terhadap sukan bola sepak dan pernah menyimpan impian menjadi pemain yang handal. 

Bagaimanapun, kecederaan yang dialaminya ketika usia remaja menguburkan impiannya.

Bagaimanapun, Min Ho tidak pernah melupakan sukan tersebut dan menjadikan Nal Do Ho sebagai pemain kegemarannya.

 

RASA DIRI TIDAK KELAKAR 

PROGRAM rancangan realiti berunsur komedi adalah tarikan yang besar di Korea Selatan. 

Kebiasaannya, selebriti sering diundang memeriahkan program sedemikian. 

Lee Min Ho bagaimanapun tidak gemar tampil dalam program berkonsepkan seperti itu dan memilih rancangan lebih serius, terutama mengupas tentang perkembangan semasa. 

Baginya, dia tidak cukup kelakar untuk tampil dalam rancangan komedi.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN