Zakir Naik tampil konvensyen antarabangsa Yadim

Zakir Naik tampil konvensyen antarabangsa Yadim

TANGKAP layar poster Konvensyen Antarabangsa Melestari Pembangunan Gerakan Dakwah 2022 anjuran Yadim di Putrajaya esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selepas kali terakhir muncul memberikan ceramah awam di Perlis awal tahun ini, pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Abdul Karim Naik bakal berucap di sini esok dalam Konvensyen Antarabangsa Melestari Pembangunan Gerakan Dakwah 2022.

Malahan, tokoh Islam yang kini berstatus penduduk tetap Malaysia itu akan memberikan ucap utamanya menerusi program dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) itu diadakan di Hotel Dorsett bermula 8 pagi sehingga 5 petang dan turut dapat disaksikan secara atas talian.

Zakir, 56, yang berasal dari Mumbai, India itu merupakan Presiden dan Pengasas Yayasan Penyelidikan Islam (IRF) dan rangkaian stesen Peace TV yang berpangkalan di negara berkenaan.

Bagaimanapun, pasport beliau telah dibatalkan kerajaan India pada 2016 serta dikehendaki polis negara itu kononnya terlibat jenayah penipuan, pembiayaan pengganas dan kebencian agama.

Namun Pertubuhan Polis Antarabangsa (Interpol) beribu pejabat di Perancis menolak Notis Merah dimohon India kerana beranggapan dakwaan itu tidak berasas dan bermotifkan politik.

Kelantangan beliau dalam mempertahankan agama Islam menerusi pelbagai siri debat dan forum awam menyebabkan banyak negara mengharamkan kemasukan tokoh tersebut.

Beliau kemudian memilih untuk bermastautin di Malaysia meskipun ada 15 negara lain pun turut membuat tawaran kerana menyifatkan Malaysia lebih selamat dan mesra syiar Islam.

Selain dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah pada 2013 lalu, Zakir pernah menerima banyak anugerah antarabangsa termasuk dari kerajaan Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Kali terakhir beliau muncul menyampaikan ceramah umum ialah di Masjid Tuanku Syed Putra pada 15 Januari lalu atas undangan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis.

Terdahulu pada 6 Januari pula, beliau menerusi rakaman video mempertahankan hujah oleh pendakwah, Ustaz Azhar Idrus mengenai isu haram membersihkan premis ibadah agama lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya