KUALA LUMPUR: ‘Jangan galakkan campur tangan kuasa eksekutif dalam institusi kehakiman negara.’ Demikian tegas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung komitmennya untuk terus mempertahan sistem kehakiman negara kerana bagi Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, rakyat berhak mempunyai institusi kehakiman yang telus. Bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau berkata, sesiapa sahaja yang menyalah guna hak rakyat, individu itu seharusnya dibawa ke muka pengadilan. “Kita mahu pertahan institusi (kehakiman). Ini penting supaya…