Terpulang kerajaan Kelantan panggil penganjur konsert

Terpulang kerajaan Kelantan panggil penganjur konsert Riuh Sokmo

IDRIS Ahmad semasa melancarkan Kempen Hentikan Fitnah di Media Sosial di Bangunan Pusat Islam, Putrajaya, semalam. - UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan Kelantan berhak memanggil penganjur konsert Riuh Sokmo untuk mendapatkan penjelasan lanjut meskipun ia telah memenuhi syarat dan dasar negeri tersebut.

Isu itu ditegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad sebagai menjawab kebimbangan Pemuda Pas Kelantan terhadap kesan acara berkenaan.

“Program ini bukan anjuran kerajaan negeri tetapi pihak luar dan sudah dapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) selain memenuhi syarat ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Hentikan Fitnah di Media Sosial anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), di sini semalam.

Konsert Riuh Sokmo berlangsung meriah di Stadium Mini Ketereh kelmarin dianjurkan oleh pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia dengan dihadiri lebih 20,000 penonton.

Ia menepati syarat dikenakan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam serta disahkan tidak melanggar peraturan dalam Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan Kelantan 1998.

Acara hiburan yang membariskan ramai penyanyi lelaki tempatan itu berlangsung selama dua malam berturut-turut dengan penonton diasingkan mengikut jantina sejajar syarat PBT itu.

Ironinya, penganjuran konsert tersebut mencetuskan kekhuatiran Pemuda Pas negeri dengan ketuanya, Mohamad Kamal Mohamed menyifatkan ia tidak selari dasar Kerajaan Kelantan.

Mengulas lanjut, Idris menjelaskan bahawa, kerajaan pusat termasuk Jakim tidak boleh pun mengambil tindakan kerana program berkenaan tidak melanggar undang-undang ditetapkan.

“Sehubungan itu adalah lebih baik kita tunggu sahaja hasil siasatan lanjut yang dilakukan oleh PBT terbabit dan laporan penuh daripada pihak kerajaan Kelantan sendiri,” tambah beliau.

Jakim pada bulan lalu pernah membantah penganjuran konsert beberapa artis Barat di ibu negara kerana jelas tidak memenuhi garis panduan dikenakan agensi berkenaan selama ini.

Bagaimanapun, beliau mendedahkan acara sedemikian tetap diluluskan dalam mesyuarat Pusat Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN