Tampilkan calon veteran sudah tidak relevan

Tampilkan calon veteran sudah tidak relevan

GAN Ay Ling (empat dari kanan) dan Asrul Nizan Abdul Jalil (tiga dari kiri) beramah mesra bersama rakyat sewaktu turun padang di Taman Muhibbah, Jejawi, Perlis hari ini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Keputusan parti parti politik menampilkan semula calon veteran dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dilihat tidak lagi relevan bagi meraih sokongan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling berkata, calon-calon veteran yang sebelum ini pernah diketengahkan dilihat tidak membawa sebarang perubahan dalam aspek kemajuan negeri atau negara walaupun telah menjadi wakil rakyat sejak berpuluh tahun lalu.

Katanya, calon muda seharusnya diketengahkan dalam PRU-15 bagi memberi lebih banyak idea baharu yang lebih segar disamping menjadi seorang pemimpin kompeten.

“Calon pemimpin yang dipilih seharusnya mengetahui tanggungjawab untuk mentadbir negeri atau negara ini dalam membawa perubahan yang lebih progresif khususnya kepada rakyat,” katanya ditemui pada majlis ramah mesra bersama pengamal media Perlis di Haus Burger, Taman Muhibbah di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis tidak menolak kemungkinan mengenengahkan dua tokoh politik terkenal iaitu Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad dan Tan Sri Azmi Khalid sebagai calon mereka dalam PRU-15 di negeri itu.

Selain dua tokoh berkenaan, Bersatu Perlis juga dikatakan tidak menolak kemungkinan mengenengahkan calon veteran seperti bekas Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail dalam PRU-15. 

Sementara itu, ADUN Sena, Asrul Nizan Abdul Jalil pula berkata, bagi komposisi di Perlis, terdapat kawasan pengundian yang dikenal pasti mempunyai jumlah pengundi muda lebih 50 peratus.

“Jadi calon yang diletakkan di sesebuah kawasan itu perlulah disesuaikan dengan komposisi berkenaan malah ini termasuk melibatkan calon wanita,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Asrul berkata, PKR juga telah menetapkan komposisi 30 peratus calon muda dan wanita menerusi kongres sebelum ini yang turut dijadikan sebagai polisi rasmi parti itu.

Katanya, kepimpinan parti itu juga turut melakukan saringan yang lebih ketat pada PRU-15 bagi memastikan calon yang dipilih itu bertepatan dan boleh meraih sokongan rakyat.

“Pada saya ada kriteria-kriteria yang perlu diambil kira supaya calon yang diketengahkan itu bertepatan dan dapat membawa kemenangan kepada parti,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya