Taman eko-rimba hutan simpan kekal ditutup sementara

Taman eko-rimba hutan simpan kekal Terengganu ditutup sementara

TAMAN Eko-Rimba Sekayu, Hulu Terengganu merupakan antara tempat tumpuan orang ramai yang ditutup pada musim hujan bermula 1 November ini hingga 28 Februari 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Semua taman eko-rimba dan laluan pendakian dalam Hutan Simpan Kekal di Terengganu akan ditutup sementara pada musim hujan bermula 1 November ini hingga 28 Februari tahun depan.

Penolong Pengarah Hutan Lipur Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Zaida Zakaria berkata

“Sepanjang tempoh itu, semua aktiviti bagi tujuan rekreasi seperti berkhemah, menyelusuri denai hutan, menaiki pacuan empat roda atau motosikal lasak di dalam Hutan Simpanan Kekal adalah tidak dibenarkan.

“Langkah tersebut diambil memandangkan pada sepanjang monsun timur laut, taburan hujan dijangka semakin kerap dan agak tinggi malah fenomena kepala air juga boleh berlaku tanpa diduga,” katanya ketika ditemui pemberita di majlis penyerahan tajaan Cabaran Mendaki Gunung Tebu di sini, semalam.

Ketika ini, terdapat tujuh taman eko-rimba di Terengganu yang sering menjadi tumpuan pengunjung iaitu Taman Eko-Rimba Air Menderu, Chemerong, Lata Belatan, Lata Payung, Lata Tembakah, Sekayu dan Bandar Bukit Bauk.

Menurutnya, kesemua tujuh taman eko-rimba ini mencatatkan seramai 47,792 pengunjung sepanjang tahun lepas dengan Sekayu merekodkan pengunjung paling ramai iaitu 20,702 orang diikuti Air Menderu dan Bandar Bukit Bauk.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu juga akan meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan di semua kawasan yang ditutup bagi mengelak berlakunya sebarang pencerobohan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Memang ada beberapa kes yang kita kesan berlakunya aktiviti pencerobohan ke taman eko-rimba dan hutan simpanan kekal sepanjang tempoh ia ditutup sementara itu dan tindakan telah pun dikenakan terhadap mereka,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya