Pemangku Raja Kelantan titah kerajaan negeri wujudkan platform sokongan kesihatan fizikal, mental - Utusan Malaysia

Pemangku Raja Kelantan titah kerajaan negeri wujudkan platform sokongan kesihatan fizikal, mental

TENGKU Muhammad Fakhry semasa bertitah sempena perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Negeri Kelantan Yang Ke-15 Tahun 2026 di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry menitahkan kerajaan negeri supaya mewujudkan platform sokongan menyeluruh berkaitan tahap kesihatan fizikal dan mental demi kesejahteraan penduduk.

Baginda bertitah, ia merangkumi khidmat psikologi, sokongan sosial, persekitaran kondusif serta pengukuhan elemen kerohanian bagi membantu rakyat berdepan cabaran kehidupan semasa.

“Penyediaan taman-taman rekreasi dan kemudahan sukan juga perlu diberi perhatian sebagai antara langkah menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat.

“Capaian kepada pusat kaunseling komuniti juga wajar dipertingkatkan bagi memastikan lebih ramai masyarakat mendapat bantuan awal berkaitan isu emosi dan tekanan mental,” titah Baginda sempena perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Negeri Kelantan Yang Ke-15 Tahun 2026 di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

Baginda bertitah, kerajaan perlu menilai semula bantuan kebajikan yang bersesuaian bagi meningkatkan capaian kepada pusat kaunseling komuniti dan pemerkasaan institusi agama sebagai instrumen kesejahteraan rakyat.

“Beta amat prihatin dengan tahap kesihatan fizikal dan mental rakyat,” titah Baginda.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN