Sekolah di Kelantan keluar peringatan berkait penculikan - Utusan Malaysia

Sekolah di Kelantan keluar peringatan berkait penculikan

SURAT peringatan berkait dengan kes culik mulai tular sejak petang tadi melibatkan sebuah sekolah di Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebuah sekolah di negeri ini mengeluarkan surat peringatan kepada golongan ibu bapa berkait risiko berlakunya penculikan dalam kalangan murid sekolah yang didakwa hampir menjadi mangsa kepada perkara tersebut.

Surat bertarikh hari ini itu dikeluarkan susulan kejadian culik sering berlaku sejak kebelangan ini.

Kandungan surat itu memaklumkan ibu bapa atau penjaga perlu bertindak seperti menghantar dan mengambil anak-anak mengikut ketetapan waktu.

“Sentiasa memberi ingatan dan pesanan kepada anak-anak serta selalu bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menangani sesuatu kes yang berlaku.

“Kerjasama dan keperihatinan pihak tuan dan puan diucapkan terima kasih,” kata pihak sekolah menerusi pemakluman itu.

Utusan Malaysia pada 23 September lalu melaporkan, dua murid dipercayai hampir menjadi mangsa culik kepada dua lelaki dalam kejadian di hadapan sebuah sekolah di sini, dalam tempoh dua hari berturut-turut minggu ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, kejadian pertama didakwa berlaku kira-kira pukul 5 petang Isnin lalu melibatkan murid perempuan tahun empat selepas Kelas Asas Fardu Ain (KAFA).

Katanya, kejadian kedua pula berlaku di lokasi dan waktu sama membabitkan murid lelaki tahun satu.

Sementara itu seorang ibu mengakui terkejut dengan kenyataan tersebut dan situasi itu menimbul ketakutan dalam kalangan mereka.

Katanya, sejak surat itu tular kebanyakan ibu bapa tidak senang duduk memikirkan keselamatan anak semasa pulang ke sekolah.

“Peringatan itu bagus, tetapi namun penyampaian itu perlu dilamukan dengan baik.

“Hal ini bagi mengelakkan timbul salah faham dalam kalangan ibu bapa termasuklah anak-anak,” ujarnya.

Semantara itu Utusan Malaysia sedang berusaha mendapatkan maklum balas dari pihak Jabatan Pendidikan Negeri berhubung pemakluman berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya