Saya tidak berasa seronok atau sedih - Gopal Sri Ram - Utusan Malaysia

Saya tidak berasa seronok atau sedih – Gopal Sri Ram

KRONOLOGI PERBICARAAN KES RASUAH ROSMAH MANSOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Soal seronok atau sedih bukan agenda utama dalam kes rasuah membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram mengakui beliau tidak berasa seronok atau sedih atas keputusan tersebut.

“Saya tidak berasa seronok atau sedih kerana itu bukan agenda utama kes ini dijalankan. Tidak baik untuk kita berseronok atas kesedihan orang lain,” katanya kepada media selepas mahkamah memutuskan isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu bersalah semalam.

Dalam pada itu beliau juga menjelaskan tentang kedudukan salah seorang saksi dalam kes tersebut yang didakwa turut terlibat dalam salah laku yang sama.

“Berkaitan dengan dakwaan yang mengatakan saksi dalam kes itu adalah individu yang turut terlibat dalam salah laku yang sama, kita tidak boleh sia-siakan seorang saksi yang bersedia untuk bekerjasama mendedahkan salah laku yang jelas seperti ini.

“Jika ada empat perompak, sekiranya salah seorang bersetuju untuk bekerjasama mendedahkan perihal rompakan itu, kita perlukan dia.

“Kes ini adalah kes rasuah dan ia bukan hanya fokuskan keadilan terhadap tertuduh tetapi kita perlu juga memikirkan keadilan buat negara,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya