Rugi RM33.8 juta jenayah komersial di Pahang

Rugi RM33.8 juta jenayah komersial di Pahang

ABDUL RAZAK Mohd. Yusuf (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota yang cemerlang pada majlis Perhimpunan Bulanan Polis Pahang, di pekarangan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Polis Pahang merekodkan kerugian berjumlah RM33.8 juta membabitkan jenayah komersial dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini berbanding RM35.6 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Razak Mohd. Yusoff berkata, walaupun terdapat penurunan, ia masih dalam keadaan membimbangkan. 

Menurutnya, kes tipu menunjukkan rekod tertinggi dilaporkan iaitu sebanyak 1,334 kertas siasatan dibuka tahun ini berbanding berbanding 1,050 kertas siasatan tempoh sama tahun lalu.

“Jumlah kerugian itu adalah berdasarkan laporan diterima dari Januari hingga 31 Ogos lalu. 

“Kebanyakan tangkapan suspek dilakukan melalui operasi Mule Khas yang dilaksanakan sepanjang Julai lalu. Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang juga menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila melepasi sasaran tangkapan 150 suspek ditetapkan Bukit Aman dan berjaya mencapai kadar pertuduhan yang ditetapkan iaitu 40 peratus,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap di Perhimpunan Bulanan Polis Pahang, di Ibu pejabat Kontinjen Pahang (IPK) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Razak berkata, berdasarkan statistik Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, sebanyak 14,674 kes kemalangan dicatatkan dari Januari hingga Ogos lalu. 

Jelasnya, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5,661 kes berbanding tahun lalu. 

“Daripada jumlah kemalangan itu, sebanyak 250 kes kemalangan maut dengan 294 kematian dan daripada jumlah tersebut, menunjukkan peningkatan 69 kes kemalangan maut membabitkan 99 kematian,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN