KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyerahkan keputusan kepada kepimpinan parti sama ada beliau bertanding di Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Katanya, keputusan tersebut bukan berada di tangannya, sebaliknya tertakluk kepada pertimbangan pucuk pimpinan parti.
“Itu serah kepada ketua pimpinan, kita tidak tahu. Dahulunya cuma saya pergi ke Sungai Buloh sebab itu bahagian terakhir saya bertanding. Saya kena buang parti saya di Sungai Buloh,” katanya kepada pemberita selepas program Meet & greet Pickleball Pemuda UMNO di sini, hari ini.
Pada PRU15 lalu, Khairy tewas di Parlimen Sungai Buloh dan kerusi itu dimenangi calon Pakatan Harapan, R. Ramanan, dengan majoriti 2,693 undi dengan memperoleh 50,943 undi, menewaskan Khairy yang meraih 48,250 undi.-UTUSAN









