Wanita maut ditikam 61 kali di Ketereh berasal dari Perak

Wanita maut ditikam 61 kali di Ketereh berasal dari Perak

ANGGOTA polis membawa jenayah mangsa ke atas trak pikap sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selepas ditemukan oleh penduduk di Kampung Simah, Ketereh, Kota Bharu, Kelantan tengah malam tadi-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang wanita memakai rantai rantai leher ukiran nama ‘Syaa’ yang ditemukan mati dibunuh dengan 61 tikaman pada tubuhnya sebelum ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Simah, Ketereh di sini tengah malam tadi berasal dari Perak.

Perkara tersebut disahkan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Azmir Damiri ketika dihubungi di sini hari ini.

“Semakan cap jari oleh Jabatan Pendaftaran Negara mendapati mangsa juga berusia 19 tahun dan berasal dari Perak,” katanya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, polis menemukan 61 kesan tikaman pada badan seorang wanita yang dipercayai mati dibunuh sebelum mayatnya dibuang di Kampung Simah, Ketereh dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, maklumat tersebut hasil pemeriksaan awal yang dilakukan oleh pasukan forensik ke atas tubuh wanita berkenaan bermula dari bahagian muka sehingga kaki.

Katanya, kebanyakan kecederaan itu tertumpu pada bahagian kanan badan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN