PRU15 peluang terbaik BN rampas Tanjung Malim

PRU15 peluang terbaik BN rampas Tanjung Malim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANALISIS

PILIHAN Raya Umum Ke-15 (PRU15) merupakan peluang terbaik untuk Barisan Nasional (BN) merampas kerusi Parlimen Tanjung Malim yang terlepas ke tangan PKR pada PRU14 pada tahun 2018.

Pada PRU14, calon BN dari MCA, Datuk Dr. Mah Hang Soon yang ketika itu merupakan exco kerajaan negeri, kalah kepada calon PKR, Chang Lih Kang dalam saingan tiga penjuru de­ngan seorang lagi calon dari Pas.

Lih Kang menang dengan majoriti 5,358 undi apabila meraih 24,672 undi, Hang Soon 19,314 undi manakala calon Pas, Mohd. Tarmizi 10,311 undi.

Pada PRU14, Hang Soon memasuki gelanggang pertandi­ngan dengan dakwaan berlaku protes dalaman secara senyap lantaran penyandang bagi kerusi Parlimen itu, Datuk Seri Ong Ka Chuan tidak dicalonkan.

Ka Chuan yang ketika itu merupakan Setiausaha Agung MCA menang dua penggal di Parlimen Tanjung Malim iaitu pada PRU12 dan PRU13.

Namun, menjelang PRU15, tidak timbul lagi isu menolak kehadiran Hang Soon jika beliau dicalonkan semula di Tanjung Malim seperti pada PRU14.

Isu penolakan dalaman ter­hadap Hang Soon dikatakan telah selesai ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim pada tahun 2020 yang menyaksikan kerjasama komponen BN telah berjaya memenangkan calon BN, Mohd. Zaidi Aziz.

Selain itu, Hang Soon yang juga Timbalan Menteri Pendidikan aktif dengan pelbagai bantuan dan program di Tanjung Malim terutama dalam soal pendidikan.

Pada PRU15, Hang Soon bakal memasuki gelanggang pertan­dingan dengan selesa, yakin dan mendapat sokongan dan kerjasama daripada komponen BN yang lain termasuk UMNO.

Namun, beliau tetap berdepan saingan daripada penyandang Parlimen Tanjung Malim, Lih Kang yang kini dilantik sebagai Pengerusi PKR Perak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.