PRU15: Muda mahu gempur kerusi BN, PN

PRU15: Muda mahu gempur kerusi BN, PN

AMIRA AISYA ABD. AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mahu menggempur kerusi milik Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Timbalan Presiden Muda, Amira Aisya Abd. Aziz berkata, sasaran utama pihaknya adalah kerusi milik UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas mengumumkan mahu menyertai Pakatan Harapan (PH) minggu lalu.

“Kedua, misi Muda bagi PRU15 adalah memastikan kemenangan untuk rakyat dan blok pembangkang. Jadi, Muda zahirkan niat untuk memastikan pembangkang bergerak seiring.

“Rundingan kerusi, strategi pilihan raya, komunikasi antara parti sudah tentu akan berjalan dengan lebih baik jika berada dalam sebuah gabungan yang sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengenai rundingan kerjasama politik antara Muda dan PH, Amira Aisya meminta semua pihak memberikan ruang untuk Majlis Presiden PH berbincang dan membuat keputusan.

“Ini bukan hal yang kecil dan remeh. Kita harus hormat ruang dan masa rakan-rakan untuk adakan perbincangan rasmi kerana paling penting, kita mahu rakyat dapat manfaat daripada hubungan politik antara parti ini,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa turut menyambut baik kesungguhan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dalam hal tersebut.

Sabtu lalu, Rafizi yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Johor dilaporkan berkata, PH sedang mengadakan rundingan dalam kalangan parti komponen terlebih dahulu yang dijangka akan selesai menjelang 30 September ini.

Rafizi yang mengetuai rundingan itu bagi pihak PKR berkata, selepas perbincangan tersebut selesai akan diteruskan dengan rundingan antara Muda dan PH berkenaan kerjasama tersebut sebelum diputuskan Majlis Presiden PH.

Beliau juga akan memastikan tiada pertindihan kerusi antara PKR dan Muda seperti yang berlaku semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya