Petani cuba rasuah polis didenda RM3,000 - Utusan Malaysia

Petani cuba rasuah polis didenda RM3,000

FOOH Poh Yaw didakwa memberi rasuah kepada anggota polis pada April lalu didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang petani didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi rasuah kepada anggota polis supaya tidak mengambil tindakan ke atasnya kerana gagal memberikan spesimen selepas ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, April lalu.

Hakim Ahmad Kamar Jamaludin menjatuhi hukuman itu selepas Fooh Poh Yaw, 37, mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan yang dibacakan dalam bahasa Kantonis.

Tertuduh turut berhadapan hukuman penjara satu bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Mahkamah turut memerintahkan wang rasuah RM100 dilucut hak kepada kerajaan Malaysia di bawah Seksyen 40(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menawarkan suapan iaitu wang tunai RM100 kepada Sarjan Roslan Khan Md. Sharif yang bertugas di Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Suapan tersebut ditawarkan sebagai balasan untuk anggota polis itu tidak mengambil tindakan undang-undang ke atasnya kerana gagal mengadakan spesimen seperti yang dikehendaki.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat Cawangan Penguatkuasaan Trafik IPD Ipoh, Jalan Chamberlein Hulu, pada pukul 1 pagi, 29 April 2022.

Pendakwaan terhadap lelaki itu dibuat mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara tidak sampai 10 tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Maziyah Mansor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh membayar denda berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.