Penyeludup lari tinggalkan 1,200 liter petrol

Penyeludup lari tinggalkan 1,200 liter petrol

ANGGOTA Penguat Kuasa KPDNHEP Kelantan memeriksa minyak petrol yang dirampas dalam serbuan di Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - FOTO/IHSAN KPDNHEP KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang penyeludup lari lintang-pukang meninggalkan sebuah kereta jenis Proton Gen 2 mengandungi 1,200 liter minyak petrol selepas kegiatan haramnya itu berjaya dihidu anggota penguat kuasa awal pagi tadi.

Dalam serbuan pukul 2.50 pagi itu, anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan berjaya menahan kereta tersebut di sebuah stesen minyak menerusi Op Bersepadu bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, bertindak atas maklumat risikan anggota bertugas telah mengesan sebuah yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, hasil pemerhatian yang dilakukan sebelum itu mendapati suspek telah membuat isian bahan api secara kerap dan berulang alik di stesen minyak sekitar kawasan bandar ini.

“Menyedari kehadiran anggota penguat kuasa, penyeludup berkenaan terus bertindak melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan selepas berjaya menahan kereta itu, kita menemui 1,200 litar petrol yang diisi di dalam 40 tong bernilai RM2,460,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azman memberitahu, kes tersebut disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN