Pendapatan pelancongan, mesra-Muslim sumbang RM1.15 bilion

Pendapatan pelancongan, hospitaliti Mesra-Muslim Malaysia sumbang RM1.15 bilion

NANCY SHUKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Sepanjang tempoh Januari hingga Jun tahun ini, Malaysia menerima sejumlah 400,186 orang pelancong beragama Islam dalam peningkatan dan permintaan melalui sektor pelancongan Islam dan penjenamaan Pelancongan dan Hospitaliti Mesra-Muslim.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata jumlah tersebut telah menyumbangkan kepada 18 peratus bersamaan dengan RM1.15 billion pendapatan pelancongan negara sepanjang percutian mereka di Malaysia.

“Sejak pembukaan semula sempadan antarabangsa pada 1 April lalu, kemasukan pelancong Muslim ke negara ini amat memberangsangkan terhadap permintaan perkhidmatan pelancongan dan hospitaliti Mesra-Muslim kian meningkat.

“Melihat kepada populasi umat Islam sedunia yang dianggarkan telah menjangkau bilangan 2 bilion, serta jumlah kemasukan pelancong beragama Islam di peringkat global yang bakal naik ke 230 juta menjelang tahun 2028, kita di MOTAC telah mengambil langkah untuk menyenaraikan Pelancongan dan Hospitaliti Mesra-Muslim di antara strategi utama untuk pembangunan semula industri pelancongan di dalam Dasar Pelancongan Negara 2020-2030,” ujar Nancy.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Seminar Keusahawanan dan Kepimpinan Pelancongan Islam (ITELS) di Waterfront Hotel, Kuching hari ini.

Tambah Nancy lagi, beliau yakin sektor ini dapat memperbanyakkan peluang penjanaan pendapatan rakyat tempatan, khususnya komuniti di luar bandar, lantas menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara.

“Skop sektor Pelancongan dan Hospitaliti Mesra-Muslim yang meluas bukan sahaja membawa pulangan yang lumayan dari segi ekonomi. Kesannya dalam menghubungkan jurang sosial, budaya dan warisan antara pelancong dan komuniti tempatan juga adalah luar biasa.

“Contohnya, masjid-masiid di serata negeri ini (Sarawak) dengan sejarah dan silang budayanya. Juster menerusi pembangunan pelancongan masjid, kita dapat mempamerkan cara hidup, seni dan budaya warisan tersendiri kaum-kaum etnik yang terdapat di negeri ini yang tidak dapat dialami di tempat lain,” katanya.

Justeru, Nancy yakin sektor ini dapat memperbanyakkan peluang penjanaan pendapatan rakyat tempatan, khususnya komuniti di luar bandar, lantas menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara.

Pada masa yang sama beliau turut tidak menafikan Malaysia merupakan antara negara yang memperoleh manfaat dari sektor Pelancongan dan Hospitaliti Mesra-Muslim. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN