Penculikan ejen kosmetik  ada kaitan  sindiket dadah - Polis

Penculikan ejen kosmetik  dipercayai ada kaitan  sindiket dadah – Polis

AHLI keluarga Rosnazirah Mohd. Naim masih trauma dengan kehilangannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan. - UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis mendedahkan kes penculikan melibatkan seorang ejen jualan kosmetik di rumahnya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Tumpat dekat sini kelmarin, mempunyai kaitan dengan sindiket dadah.

Pemangku Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, hasil siasatan mempercayai keluarga terdekat kepada wanita berkenaan mempunyai hubung kait dengan sindiket berkenaan.

Katanya, susulan itu polis  menahan suami mangsa berusia 36 tahun yang bekerja sebagai nelayan bersama dua individu termasuk seorang wanita di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat semalam bagi membantu siasatan.

“Hasil siasatan yang dijalankan polis mendapati mangsa mengenali suspek yang menculiknya,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini.

Muhamad Zaki berkata, hasil semakan mendapati suami mangsa mempunyai dua rekod kesalahan lampau manakala seorang lagi suspek lelaki, tujuh rekod lampau.

Katanya, kesemua suspek ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan  berhubung kejadian tersebut.

Terdahulu, seorang ejen jualan produk kosmetik didakwa  `dilarikan’  tiga lelaki dalam kejadian di Kampung Semat Jal.

Rosnazirah Mohd. Naim, 36, didakwa dilarikan  tiga lelaki dengan menggunakan sebuah kereta jenis Toyata Vios berwarna perak.

Sementara itu, ibu mangsa, Zahasnah Mohd. Zain, 61, berharap Rosnazirah berada dalam keadaan selamat. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya