Pakistan tawar penerbangan percuma hantar bantuan banjir

Pakistan tawar penerbangan percuma hantar bantuan banjir

WEE Ka Siong melihat sumbangan bantuan BLIA dan Yayasan Sin Chew secara simbolik kepada Pakistan di KLIA, Sepang, Selangor. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kerajaan Pakistan menawarkan penerbangan tanpa dikenakan sebarang bayaran bagi penghantaran bantuan misi kemanusiaan ke atas mangsa bencana banjir di negara itu.

Pesuruhjaya Tingginya ke Malaysia, Amna Baloch berkata, langkah tersebut diharapkan dapat menggalakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menghantar bantuan secara percuma dengan hanya menghubungi Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Kuala Lumpur dan syarikat Pakistan International Airlines (PIA).

Menurut beliau, pihaknya dimaklumkan bahawa PIA sedia menambah lagi kekerapan penerbangan langsung dari KLIA bagi menampung lebih banyak penghantaran bantuan.

Justeru, beliau merayu lebih banyak NGO untuk tampil kerana nilai kerugian bencana kali ini mencecah RM45 bilion dan memakan masa lama untuk kembali pulih berpunca taburan hujan monsun agak luar biasa dengan hampir tiga kali ganda tinggi berbanding rekod purata 30 tahun lepas.

“Situasi itu menjejaskan kehidupan harian 33 juta penduduk Pakistan apabila satu pertiga negaranya tenggelam membabitkan 116 daerah daripada keseluruhan 160 daerah,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Terdahulu, beliau hadir untuk menerima secara simbolik sejumlah kotak bantuan daripada BLIA World dan Yayasan Sin Chew oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong.

Lebih 12 tan barangan keperluan yang bernilai hampir RM700,000 itu telah pun diangkut dengan penerbangan PK 895 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini melalui pesawat PIA model Boeing 777-200 itu berlepas pukul 1.41 tengah hari tadi dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Islamabad kira-kira pukul 4.30 petang waktu tempatan.

Ia merupakan misi kemanusiaan pertama NGO Malaysia dihantar menerusi pengangkutan udara terus dari KLIA susulan banjir paling buruk dalam sejarah Pakistan sejak 14 Jun lalu.

Dalam pada itu, Ka Siong memberi jaminan bahawa setiap bantuandisalurkan terus kepada mangsa di wilayah terjejas teruk oleh badan pengurusan bencana nasional Pakistan.

Organisasi awam tersebut yang seumpama Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) di Malaysia akan bertindak sebagai sekretariat untuk penyelarasan agihan dari seluruh dunia.

“Saya difahamkan, ketika ini, barangan perubatan seperti pil paracetamol amat diperlukan ribuan mangsa kerana banyak kes demam denggi dilaporkan di kawasan banjir,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya