Malaysia rekod RM6.3 bilion pengumpulan dana - Utusan Malaysia

Malaysia rekod RM6.3 bilion pengumpulan dana

PROGRAM Karnival Saham Pahang mendapat sambutan menggalakkan di Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Malaysia berjaya memperoleh RM6.3 bilion melalui pengumpulan dana sehingga Julai lalu.

Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, keadaan pasaran semasa ketika ini tidak menghalang aktiviti pengumpulan dana khususnya dalam pasaran domestik di negara ini.

Menurutnya, ini menunjukkan aktiviti pengumpulan dana kekal teratur walaupun berdepan cabaran dalam pasaran.

“Pengembangan berterusan ini juga menyediakan peluang simpanan alternatif dan segmen pelaburan lebih luas, terutamanya kepada sektor peruncitan,” katanya dalam ucaptama Karnival Saham Pahang di sini, hari ini.

Majlis dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mohd. Shahar Abdullah.

Dalam pada itu, Abdul Wahid berkata, sehingga akhir tahun lalu, jumlah pasaran modal domestik bernilai RM1.79 trilion direkodkan atau 116 peratus daripada jumlah keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Dengan itu, pasaran modal domestik perlu membabitkan lebih banyak penyertaan daripada sektor peruncitan.

“Ini adalah bagi menyokong pertumbuhan mampan dan jangka panjang selain menggalakkan pertumbuhan ekonomi tempatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya