Lima lelaki ditahan bersama senapang, peluru hidup - Utusan Malaysia

Lima lelaki ditahan bersama senapang, peluru hidup

MUHAMAD Zaki Harun (tengah) menunjukkan senapang patah menerusi Op Tapis di Gua Musang semasa sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis menahan lima lelaki termasuk seorang warga Thailand yang dipercayai terlibat aktiviti pemburuan haram dalam serbuan di sebuah ladang kelapa sawit Felda Chiku 2, Gua Musang di sini kelmarin.

Dalam serbuan pukul 1.30 pagi itu, polis merampas selaras senapang patah bersama 15 butir peluru hidup, kepala dan bahagian-bahagian daging dipercayai kijang menerusi Op Tapis.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kesemua suspek yang ditahan itu masing-masing berusia antara 22 hingga 39 tahun dan saringan air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah jenis methamphetamine.

Menurutnya, tiga daripada empat suspek tempatan yang diberkas itu mempunyai rekod berkait narkotik dan jenayah.

“Semasa menjalankan Op Tapis sepasukan anggota yang membuat serbuan di lokasi telah memeriksa sebuah beg plastik hitam sambil disaksikan oleh kesemua suspek. Pemeriksaan ke atas beg itu telah membawa kepada penemuan kepala dan bahagian-bahagian daging dipercayai kijang,” katanya.

Muhamad Zaki memberitahu, pemeriksaan lanjut diteruskan ke atas satu balutan plastik kanvas yang berada di atas tanah bawah pokok kelapa sawit bersebelahan dengan bangsal berkenaan.

Katanya, pemeriksaan itu membawa kepada penemuan selaras senapang patah dan 15  butir peluru hidup jenis bore 12.

“Kesemua suspek direman selama enam hari bermula Rabu sehingga 3 Oktober ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960, Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 60(1) (b) Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya