Kolam Gunung Inas: Kering atau sebaliknya, tidak beri kesan apa-apa - MB - Utusan Malaysia

Kolam Gunung Inas: Kering atau sebaliknya, tidak beri kesan apa-apa – MB

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor ketika melawat kilang pembuatan sarung tangan, Mölnlycke selepas majlis pelancarannya di KHTP, Kulim hari ini. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yakin langkah mengeringkan tiga kolam takungan air di puncak Gunung Inas yang menempatkan ladang durian Musang King tidak akan memberi kesan apa-apa kepada persekitaran kawasan terbabit.

Beliau berkata, spekulasi bahawa tiga kolam tersebut boleh menyebabkan keadaan tidak selamat dalam kalangan penduduk hanyalah bersifat dakwaan semata-mata.

Katanya, isu bahawa kolam itu boleh menyebabkan bencana lebih besar sekiranya air takungan tidak dikeringkan didapati sengaja ditimbulkan bagi memberi gambaran tidak tepat mengenai apa yang berlaku di Gunung Inas.

“Saya difahamkan (kolam takungan) hendak dikeringkan, saya kata bukan minta pada kerajaan negeri, tetapi kena minta izin pemilik. Kalau dibenarkan pemilik, maka boleh dikeringkan kolam.

“Saya tidak tahu secara lengkap (langkah pengeringan), dimaklumkan macam itu sahaja,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan kilang pembuatan sarung tangan, Mölnlycke di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), hari ini.

Sebelum ini, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) diminta mengeringkan tiga kolam takungan di atas puncak Gunung Inas secepat mungkin.

Katanya, JPS akan memutuskan kaedah terbaik dalam melaksanakan proses pengeringan kerana perlu turut melindungi kawasan penempatan penduduk di kaki Gunung Inas terutama Kampung Iboi.

Sementara itu, Muhammad Sanusi mengulangi penegasan bahawa kolam takungan air berkenaan bukan menjadi punca utama kepada aliran puing dan bencana banjir lumpur di Kampung Iboi pada 4 Julai lalu.

“Dikeringkan (kolam) tidak beri kesan apa-apa, ada air (dalam kolam) pun tidak beri kesan apa-apa. Ia hanya spekulasi dan naratif yang dibawa (untuk) cuba menimbulkan rasa tidak selamat dan sengaja dibawa pihak tertentu dengan tujuan yang tidak sihat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya