Keluarga mangsa penipuan harap PM

Keluarga mangsa penipuan kerja harap PM berhubung ketua kerajaan ASEAN

HISHAMUDIDN HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Beberapa keluarga mangsa skim penipuan tawaran pekerjaan di luar negara berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dapat membantu mereka dengan berhubung terus dengan ketua kerajaan negara terbabit.

Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim, bagaimanapun pihaknya gembira kerajaan mengambil serius perkara itu malah optimis untuk bertemu kembali mangsa.

Pada masa sama, pihaknya berharap supaya isu berkenaan dibawa Ismail Sabri dalam sidang kemuncak ASEAN untuk dapat dikongsi dan diberikan perhatian berat oleh semua kerajaan.

Jumlah direkodkan secara rasmi mungkin berbeza kerana ramai waris tidak buat laporan dan menyukarkan usaha pengesanan namun MHO bersyukur kerajaan amat prihatin

“Kami mengharapkan supaya Perdana Menteri bercakap secara langsung dengan pemimpin negara itu bagi menggunakan segala jentera yang ada dan segera menyelamatkan mangsa,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas bersama penasihat MHO, Tan Sri Musa Hassan menyertai sesi taklimat secara tertutup bersama pemangku Menteri Luar, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad, di sini hari ini.

Turut hadir ialah beberapa anggota keluarga dan waris mangsa jenayah perhambaan tersebut yang diadakan susulan penyerahan memorandum MHO kepada Perdana Menteri semalam ekoran pendedahan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah disiarkan Utusan Malaysia pada 8 September lalu yang membongkar hampir 200 rakyat Malaysia menjadi mangsa.

Paling ramai ialah di Kemboja dengan sejumlah 153 warga Malaysia dilaporkan waris terbabit berada di negara itu tetapi 123 orang daripada mereka itu sudah pun berjaya diselamatkan.

MHO turut memohon Jabatan Imigresen Malaysia supaya menggantung sementara waktu segala perjalanan ke Kemboja, Laos dan Myanmar bagi mengelak ramai belia menjadi mangsa.

Hasil penyerahan memorandum tersebut, Abdul Latiff yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) akan membawa isu itu dalam mesyuarat jemaah Kabinet esok.

Dalam pada itu, Musa yang juga bekas Ketua Polis Negara berkata, situasi mungkin agak sukar di Myanmar kerana pihak junta tidak mengawal wilayah tertentu dikuasai puak pemberontak.

Keadaan berbeza di Kemboja dan Laos apabila pihak Polis Diraja Malaysia ada saluran badan polis serantau atau ASEANapol mudah bekerjasama rapat dalam operasi rentas sempadan.

Bagaimanapun beliau yakin usaha penjejakan mangsa dapat dilakukan dengan baik menerusi kaedah perisikan tertentu selain mekanisme diplomatik dengan badan kemanusiaan asing,

“Kami (MHO) akan cuba yang terbaik dan segala maklumat rahsia diperoleh akan disalurkan terus kepada pihak polis untuk analisis dan dikongsi bersama negara terbabit sendiri,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya