KASA serah kepada Kedah isu kolam Gunung Inas

KASA serah kepada Kedah isu kolam Gunung Inas

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk membuat keputusan terhadap tiga kolam takungan ladang durian Musang King di puncak Gunung Inas, Baling yang didakwa sebagai punca kepala air pada Julai lalu. 

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya yakin kerajaan negeri mampu dan boleh memberi perhatian terhadap projek pembangunan yang diluluskannya di negeri ini.

“Kita serahkan kepada kerajaan negeri, projek itu dilaksanakan oleh syarikat anak kerajaan negeri dan wajarlah kerajaan negeri yang membuat tindakan susulan.

“Pasti kerajaan negeri ada solusi untuk menghadapi situasi ini tambahan lagi mereka telah melihat bahaya kolam itu kepada penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan 2022 dan Sambutan 90 tahun Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Lembangan Sungai Muda, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Tuan Ibrahim memaklumkan JPS diminta mengeringkan tiga kolam takungan air yang ada di gunung itu secepat mungkin kerana bimbang kejadian banjir puing akan berulang.

Bagaimanapun, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor pula menegaskan langkah mengeringkan kolam terbabit dianggap tidak akan memberi apa-apa kesan kepada persekitaran kawasan terbabit.

Katanya, dakwaan bahawa tiga kolam sebesar gelanggang futsal di puncak Gunung Inas menyebabkan perasaan tidak selamat dalam kalangan penduduk sekitar adalah hanya spekulasi semata-mata.

Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim berkata, dua empangan sabo yang akan dibina di kaki Gunung Inas sedang dalam proses pemilihan dan lantikan kontraktor.

“Kita yakin selepas urusan dokumentasi selesai, empangan sabo ini akan berjaya disiapkan kontraktor sepenuhnya tahun ini juga.

“Di Kedah, sebanyak tujuh empangan sabo akan dibina iaitu masing-masing dua di Yan dan Baling serta tiga lagi di kawasan baharu dan sehingga kini satu telah siap di Yan,” katanya.

Kata beliau, apabila empangan itu siap kelak, ia dapat mengurangkan impak dengan memperlahankan aliran air sungai dan menyekat aliran puing sekiranya berlaku banjir akibat hujan lebat walaupun dalam tempoh sama.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.