Pertuduhan ditangguh kerana tertuduh hanya faham bahasa Jepun

Pertuduhan ditangguh kerana tertuduh hanya faham bahasa Jepun

LIMA lelaki warga Jepun yang didakwa terlibat dalam sindiket ‘phone scam’ dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Lima lelaki warga Jepun hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan terlibat dengan sindiket penipuan antarabangsa atau ‘phone scam’, awal bulan ini.

Bagaimanapun, prosiding kes tidak dapat diteruskan kerana kesemua tertuduh iaitu Nakahara Riku, Matsumoto, Ryuto, Dono Harisu, Inaba Sho dan Umeda Tokeya; masing-masing berusia antara 20 hingga 40 tahun hanya memahami bahasa Jepun sahaja.

Justeru, Majistret Roshayati Radellah menetapkan 22 Jun ini sebagai tarikh untuk sebutan semula kes bagi membolehkan jurubahasa yang fasih dalam bahasa itu hadir ke mahkamah untuk menyambung perbicaraan.

Pada masa yang sama, Roshayati juga tidak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin sementara menunggu sebutan semula kes.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfadzli Hassan manakala kelima-lima tertuduh pula tidak diwakili peguam.

Polis Pulau Pinang sebelum ini dilaporkan berjaya menumpaskan tiga sindiket penipuan antarabangsa melalui tiga serbuan berasingan di sekitar Bukit Mertajam pada I Jun lalu.

Selain sindiket ‘phone scam’ yang membabitkan lelaki warga Jepun, dua lagi sindiket terbabit ialah sindiket ‘love scam’ serta sindiket penipuan pertukaran mata wang kripto yang melibatkan warga China, Vietnam dan Taiwan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN