Kartel MBSA; ada pegawai kanan terima puluhan ribu ringgit

Kartel MBSA; ada pegawai kanan terima barangan berharga puluhan ribu ringgit

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Siasatan awal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah tender projek Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mendapati terdapat pegawai kanan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menerima habuan barangan berharga bernilai puluhan ribu ringgit.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan juga sedang dijalankan berhubung bagaimana sebuah syarikat mampu mengawal 30 buah syarikat lain untuk mendapatkan projek-projek di jabatan di MBSA.

“Setakat ini kita sudah menahan seramai sembilan orang dan siasatan berhubung kes ini masih dijalankan. 

“Kami percaya penahanan mereka ini merupakan sebuah kartel yang kita berjaya bongkarkan dengan tangkapan terbaharu pegawai kanan kerajaan membabitkan MBSA itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi dialog bersama media dalam program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Zon Utara, di sini hari ini.

SPRM sebelum ini mengesahkan menahan beberapa individu berhubung siasatan terhadap Pelan Induk Saliran Lestari Shah Alam (SASUD) yang dikaitkan dengan MBSA.

Pegawai MBSA yang ditahan itu termasuk dua jurutera, seorang penolong jurutera dan seorang penolong pentadbir selain seorang kontraktor.

Media melaporkan, salah seorang jurutera dipercayai ditugaskan untuk menyediakan dokumen berkaitan dan senarai kontraktor bagi projek itu.

Malah, SPRM dilaporkan turut mengenal pasti sebanyak 68 syarikat yang dipercayai berada dalam senarai itu yang didakwa ditawarkan tender untuk projek berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya