Kelantan sedia jadi hab pelancongan kesihatan

Kelantan sedia jadi hab pelancongan kesihatan

MOHD. Nassuruddin Daud (tengah) melihat replika Hospital Pakar KPJ Perdana dengan tambahan bangunan baharu pada Majlis Pelancaran Pembangunan Bangunan Baharu Hospital Pakar KPJ Perdana di Kota Bharu, Kelantani. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan sedia menjadi hab pelancongan kesihatan serantau dengan menyasarkan pelancong dari Indonesia dan Thailand untuk mendapatkan perkhidmatan itu pabila pembangunan baharu Hospital Pakar KPJ Perdana siap kelak.

Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, penerbangan terus Kota Bharu-Jakarta bermula 16 Jun ini dilihat mampu menjadi pemangkin kepada perkara hasrat tersebut.

Katanya, pembangunan bangunan baharu hospital tersebut bertepatan dengan usaha kerajaan negeri menjadikan pelancongan kesihatan sebagai sektor pertumbuhan baharu.

“Dalam siri promosi pelaburan dan pelancongan di Jakarta baru-baru ini, kerajaan negeri mengetengahkan pelbagai potensi Kelantan termasuk sektor kesihatan, hospitaliti, pelancongan mesra keluarga serta kos rawatan yang kompetitif. 

“Pembangunan bangunan baharu Hospital Pakar KPJ Perdana menjadi pemangkin penting dalam menarik lebih ramai pelancong kesihatan dari luar negara, khususnya dari Indonesia dan negara-negara serantau,” katanya semasa berucap pada Majlis Pelancaran Pembangunan Bangunan Baharu Hospital Pakar KPJ Perdana, di sini hari ini.

Mohd. Nassuruddin berkata, situasi itu mampu memberi limpahan ekonomi kepada sektor pengangkutan, penginapan, makanan, peruncitan dan pelbagai industri lain di Kelantan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN