Kanak-kanak lelaki 8 tahun dipercayai mangsa dera diselamatkan ketika cuba larikan diri - Utusan Malaysia

Kanak-kanak lelaki 8 tahun dipercayai mangsa dera diselamatkan ketika cuba larikan diri

KANAK-KANAK lelaki berusia lapan tahun yang dipercayai didera diselamatkan di Kondominium Jalan Cahaya, Ampang ketika cuba melarikan diri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penderitaan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dipercayai didera berakhir apabila dia diselamatkan di Kondominium Jalan Cahaya dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.41 petang itu, Jabatan bomba dan Penyelamat Selangor menerima panggilan bagi membantu menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terperangkap di dalam sebuah bilik.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, setiba sahaja di lokasi kira-kira pukul 4.48 petang tadi, terdapat seorang kanak-kanak lelaki dikurung di dalam sebuah bilik.

Kata beliau, kanak-kanak berkenaan cuba melarikan diri melalui tingkap di kediaman tingkat 4 berkenaan.

“Namun, tindakan itu disedari orang awam, pintu kediaman berkenaan dipecahkan oleh pengawal keselamatan sebelum ketibaan pihak kami.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, kanak-kanak berkenaan dipercayai telah didera,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Norazam, kanak-kanak berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN