Gegar vaganza: Kalau Adibah masih ada, dia orang pertama tahu

Gegar Vaganza: Kalau Adibah Noor masih ada, dia orang pertama tahu kata Dina Nadzir

gegar vaganza
DINA NADZIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Dina Nadzir tidak dapat menyembunyikan kerinduan terhadap Allahyarham Adibah Noor yang dianggapnya sebagai kakak dan mentor dalam industri seni, terutama apabila bakal berentap dalam program realiti, Gegar Vaganza (GV) musim kesembilan.

Dina berkata, seandainya masih ada, arwah Adibah akan menjadi orang pertama yang tahu penglibatannya dalam program realiti itu. Apatah lagi, penyanyi Terlalu Istimewa itu sentiasa memberi nasihat dan tunjuk ajar sepanjang kariernya.

“Sehingga hari ini, saya rindu dia. Ketika terima tawaran GV, dalam fikiran saya cuma ada dia. Kalau arwah masih ada, orang pertama saya akan bagitahu adalah dia. Saya akan minta nasihat dan tunjuk ajar dia.

“Allahyarham tidak lokek ilmu. Sentiasa jujur dalam memberi nasihat dan tunjuk ajar. Dia sentiasa ada untuk saya sepanjang 18 tahun karier. Hatinya baik. Ketika sesi pengenalan bintang GV pun, saya ‘nampak’ dia,” ujarnya sebak.

Dina berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika sesi pengenalan bintang GV9 yang bakal bersiaran bermula 18 September ini.

Selain penyanyi lagu Mahu Tapi Malu itu, program popular itu turut membariskan bintang hebat lain antaranya Jaclyn Victor, Shila Amzah, Tomok dan kumpulan VE.

Adibah yang meninggal dunia pada 18 Jun lalu akibat kanser sebelum ini bertanding dalam GV8 dan menduduki tempat keempat.

Sementara itu, Dina berkata, dia tidak pernah berhasrat menyertai program realiti tersebut kerana sedar namanya terlalu ‘kerdil’ dalam dunia seni, terutama melibatkan bidang nyanyian.

“Tidak seperti rakan seperjuangan lain, saya agak ke belakang dalam bidang nyanyian. Saya lebih fokus kepada pengacaraan dan radio. Jadi, apabila ditawarkan untuk menyertai GV9, saya terima sahaja. Mungkin sudah tiba masa.

“Saya juga kena pandai bahagikan masa. Bertanding dan pada masa sama bertugas sebagai penyampai radio, memang menuntut komitmen tinggi. Risau juga kalau ‘pancit’. Tetapi, doakan yang baik-baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya