Johor belum bincang Enakmen Anti Lompat Parti

Johor belum bincang Enakmen Anti Lompat Parti

ONN Hafiz Ghazi menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan pada Majlis Ramah Mesra Parlimen Kulai di Dewan Raya Bandar Putra, Kulai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Samsolbari Jamali memaklumkan bahawa Enakmen Anti-Lompat Parti masih belum dibincangkan bagi pelaksanaan di peringkat negeri pada ketika ini.

Walau bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semarang memberitahu, perkara itu tidak bermaksud kerajaan negeri enggan melaksanakannya.

“Berhubung Enakmen Anti Lompat Parti, setakat ini perkara itu masih belum dibincangkan. Jadi, tidak ada dalam masa terdekat tetapi bukan kerana kita tidak mahu buat tetapi ia belum dibincangkan.

“Sementara itu, perkara yang akan dibahas pada sesi Sidang DUN sehari pada 22 September ini juga masih belum dibincangkan lagi,” katanya kepada ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra Parlimen Kulai di Dewan Raya Bandar Putra Kulai, di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri  Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berserta barisan Exco negeri.

Samsolbari memberitahu, pembentangan Belanjawan Johor 2023 dijangka akan dilakukan pada November ini.

“Jika tiada apa-apa perubahan dan semua berjalan mengikut jadual, Belanjawan Johor akan dibentangkan pada November ini. Ya, selepas Pusat,” jelasnya.

Terdahulu, Ketua Pembangkang Johor, Liew Chin Tong dan ADUN pembangkang lain mendesak agar Enakmen Anti Lompat Parti itu dibentangkan pada Sidang DUN pada 22 September ini.

Beliau berkata, enakmen itu perlu disegerakan kerana tindakan wakil rakyat lompat parti telah menjejas keyakinan rakyat terhadap sistem dan amalan demokrasi negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya