Ibu bimbang, anak empat hari tidak pulang ke rumah

Ibu bimbang, anak empat hari tidak pulang ke rumah

NUR ALIA RAMADAN ANUAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Seorang ibu di Kampung Tok Kederat di sini, diselebungi kebimbangan apabila anak kelima daripada tujuh beradik dikhuatiri hilang selepas tidak pulang ke rumah sejak empat hari lalu.

Normi Harun, 47, berkata, kali terakhir anaknya, Nur Alia Ramadan Anuar, 12, dilihat pada Jumaat lalu sekitar pukul 3 petang.

Menurutnya, sebelum hilang Nur Alia Ramadan ada memberitahu mahu pergi ke rumah emak saudaranya yang terletak tidak jauh dari rumah, namun selepas itu dia tidak pulang.

“Seluruh ahli keluarga termasuk kawan-kawan Nur Alia Ramadan sudah dihubungi namun kelibatnya masih belum dapat sehingga sekarang.

“Susulan itu, satu laporan telah dibuat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok Sabtu lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Kederat, di sini hari ini.

Normi memberitahu, semasa keluar dari rumah anaknya itu memakai baju T dan seluar panjang tanpa membawa kad pengenalan diri.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkait dengan Nur Alia boleh menghubunginya di talian 0193982881 atau balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya