Empat bot nelayan, 18 kru ditahan ceroboh perairan Terengganu

Empat bot nelayan, 18 kru ditahan ceroboh perairan Terengganu

SEBAHAGIAN kru daripada salah sebuah bot nelayan tempatan yang ditahan setelah menceroboh perairan Terengganu di Marang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jabatan Perikanan Terengganu menahan empat bot nelayan tempatan bersama 18 kru termasuk 16 warga Myanmar dengan nilai rampasan keseluruhan RM4 juta di perairan negeri ini, semalam.

Pengarah perikanan negeri, Ruzaidi Mamat berkata, kesemua bot pukat tunda itu ditahan pada kedudukan enam hingga lapan batu nautika dari Pantai Merchang, Marang dekat sini pada pukul 12.05 malam

Menurut beliau, operasi penguatkuasaan itu dibuat ekoran maklumat daripada nelayan negeri ini tentang pencerobohan vesel tempatan di perairan Terengganu sejak minggu lalu.

“Siasatan awal mendapati empat bot pukat tunda zon C itu berpengkalan di Kuantan dan Nenasi, Pahang manakala salah sebuah bot juga pernah ditahan atas kesalahan sama sebelum ini.

“Seramai 18 kru terdiri daripada dua warga tempatan dan 16 Myanmar berusia 20 sehingga 40 tahun ditahan selain hasil laut dan peralatan memancing bernilai RM1 juta untuk setiap bot turut disita.

“Pihak berkuasa akan sentiasa memantau kedaulatan perairan Terengganu yang kaya dengan sumber perikanan daripada dicerobohi bot nelayan tempatau ataupun asing,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Ruzaidi, kesemua bot yang ditahan itu tiba di Jeti Nelayan Pulau Duyung kira-kira pukul 11 pagi, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985.

Tambah beliau, tertuduh boleh didakwa atas kesalahan melanggar syarat lesen zon C, menangkap ikan kurang 12 batu nautika di negeri lain serta menggunakan kru asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya