Dua selamat, sembilan hilang bot memancing karam

Dua selamat, sembilan hilang bot memancing karam di perairan laut Mukah

BOT SF 2-2837 yang dinaiki 11 orang karam di perairan laut Mukah, Sarawak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKAH: Sembilan lelaki warga tempatan dilaporkan hilang manakala dua lagi ditemukan selamat selepas sebuah bot dinaiki mereka karam di perairan laut, di sini, Selasa lalu.

Berdasarkan sumber Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak, agensi itu menerima maklumat mengenai kejadian sekitar pukul 8.30 malam pada hari kejadian. 

“Pusat penyelaras mencari dan menyelamat maritim (MRSC) Muara Tebah menerima aduan dari kapal ‘Capela’ memaklumkan menemukan dua mangsa lelaki hanyut di perairan Mukah di posisi 34 Batu Nautika dari barat laut Mukah.

“Menurut maklumat awal daripada mangsa yang selamat, Bot SF 2-2837 yang dinaiki 11 orang termasuk seorang tekong, dua kru dan lapan pemancing keluar dari jeti Penakub, Mukah pada 19 September lalu,” katanya. 

Katanya, dua mangsa ditemukan selamat dengan salah seorang daripada mereka memakai jaket keselamatan manakala seorang lagi berpaut pada tong ikan.

“Usaha mencari dan menyelamat sedang giat dilakukan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN