Singkir Bersatu atau Pas tarik diri daripada PN - Utusan Malaysia

Singkir Bersatu atau Pas tarik diri daripada PN

Agama persekutuan
MOHAMED HANIFF KHATRI ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas memerlukan sokongan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) jika mahu menyingkirkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) daripada Perikatan Nasional (PN).

Memuatkan artikel berkaitan…

Peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, Pas tidak boleh membuat keputusan secara unilateral kerana PN bukan milik mana-mana pihak secara mutlak, sebaliknya sebuah gabungan yang diputuskan secara bersama oleh semua parti komponen.

Menurutnya, isu kedudukan Bersatu perlu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN bagi mendapatkan pendirian rasmi semua parti komponen susulan keputusan Pas memutuskan hubungan politik dengan Bersatu.

“Saya tidak setuju dengan pandangan yang menyatakan bahawa selagi mana semua parti komponen tidak bersetuju, tidak boleh buang Bersatu daripada PN. Itu tidak betul, kamu tidak boleh paksa orang untuk meneruskan kerjasama.

“Jadi perlu ada mesyuarat yang dihadiri oleh empat parti komponen untuk menentukan mereka nak buang Bersatu ataupun jika tidak mahu, adakah Pas rela untuk tarik diri daripada gabungan itu memandangkan mereka tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu,” katanya kepada Ming­guan Malaysia.

Mohamed Haniff berkata, perdebatan mengenai jawatan Pengerusi PN tidak lagi relevan selagi kedudukan parti-parti komponen dalam gabungan itu belum dimuktamadkan.

Katanya, sebarang keputusan berhubung jawatan berkenaan hanya boleh dipertimbangkan selepas isu keanggotaan Bersatu dalam PN diselesaikan.

“Bagi saya perkara ini tidak relevan, sebelum dibuat keputusan mengenai jawatan Pengerusi PN, perlu tentukan parti komponen baharu dulu. Pada hipotetisnya, kalau MIPP dan Gerakan setuju dengan pandangan Pas untuk gugurkan Bersatu, macam mana Muhyiddin nak jadi pengerusi lagi?

“PN milik empat pihak, tidak kisah siapa yang mendaftarkan, buat organisasi atau duit siapa yang dipakai kerana itu bukan isunya,” katanya.

Beliau berkata, penyokong gabungan itu mahukan pendirian yang jelas daripada parti-parti pembangkang bagi mengelakkan kekeliruan berhubung hala tuju PN terutamanya menjelang kempen pilihan raya.

“Kalau Pas sudah buat satu keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu, maka langkah seterusnya adalah untuk menghilangkan kesusutan dan kekaburan dalam PN. Perlu ada satu mesyuarat untuk usulkan Bersatu dikeluarkan.

“Jika usul itu gagal, maka Pas kena tarik diri dan bergerak solo,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN