TUMPAT: Ibu kepada ejen kosmetik yang dipercayai diculik di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di sini, merayu orang ramai mendoakan anaknya itu, Rosnazirah Mohd. Naim, 36, atau Azi berada dalam keadaan selamat. Zahasnah Mohd. Zain, 61, berkata, setakat ini seluruh ahli keluarga tidak putus-putus berdoa dan mengadakan solat hajat supaya Rosnazirah ditemukan dalam keadaan selamat. “Ada penduduk mendakwa melihat seorang wanita dibawa sekumpulan lelaki menaiki bot menuju ke negara jiran.…